Related Posts with Thumbnails

Bodohnya ahli PAS

on 1 comments Read Full Article

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-mempercayai orang lain lebih daripada pemimpin sendiri
(10 budak hitam)

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-kemaruk politik dan pilihanraya kemudian meninggalkan agenda agama dan tarbiyah

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-sanggup kutuk pemimpin sendiri dan tidak faham akhlak berjemaah
(blogger-blogger yg jahil dan blog sesetengah MP)

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-yakin dengan kepimpinan parti lain daripada kepimpinan parti sendiri
(nasihat : silalah keluar parti,gerakan Islam tidak perlukan orang macam anda)

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-tidak merasai kesabaran yang ada pada pemimpin sendiri

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-lebih menjaga hati manusia yang menolak Islam daripada tuntutan Islam dan Allah Taala

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-bila bergaduh,tak kembali kepada Al-Quran dan Sunnah,tetapi hentam UMNO tak ikut Al-Quran dan Sunnah

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-mempercayai fitnah-fitnah dalam media baru daripada kenyataan pemimpin sendiri

Bodohnya ahli PAS,kerana : -
-melantik pemimpin-pemimpin yang tidak memberikan wala' sepenuhnya kepada parti

Sudah Sunnah Orang Berjuang

on 0 comments Read Full Article

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tidak berwaktu

rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tidak berwaktu

Orang lain membuat harta
tapi dia membuangnya
orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata

Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuhnya tidak terbilang

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

tidak kurang yang sayang padanya
orang lain mati dilupa
para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tak berjaya

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

*Bingkisan buat pejuang-pejuang agama Allah.Hiburan di kala penat berjuang

Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS

on 0 comments Read Full Article

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat."Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.Sehubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.

Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.

"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.

Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini.Mereka terdiri daripada blogger ahli PAS dan bloger menyokong perjuangan PAS.

Turut akan membentangkan kertas kerja hari ini adalah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas zentrum studies dengan tajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Manakala Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin akan membentangkan tajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'.

HarakahDaily

Sudah ada pengganti saya: Nik Aziz

on 0 comments Read Full Article

Berdasarkan hirarki parti dan pentadbiran kerajaan Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dianggap pelapis nombor satu kepemimpinannya, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ahmad-lah. (Beliau) itu pelapis nombor satu. Orang boleh terima atau tidak (kepemimpinan) dia, wallahu a'lam. Tetapi saya sekarang ini letak dia sebagai timbalan nombor satu," kata menteri besar Kelantan kepada Malaysiakini.

"Dan tugas saya sekarang ini, saya serah pada dia. Tugas pentadbiran negeri banyak saya serah padanya."

Nik Abdul Aziz mengulas isu penggantinya setelah muncul pelbagai spekulasi berhubung perkara itu susulan cadangan exco kerajaan negeri Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah supaya “pelan peralihan kuasa” diumumkan.

Selain Ahmad, Nik Mohd Amar sendiri turut disebut-sebut mengisi jawatan itu apabila beliau dibawa bertanding di peringkat DUN dalam pilihan raya umum 2004.

Seorang lagi calon yang dispekulasikan, exco kanan kerajaan Datuk Husam Musa, bekas setiausaha menteri besar itu yang dianggap anak didik Nik Abdul Aziz.

Ketiga-tiga Husam, Nik Mohd Amar dan Ahmad timbalan pesuruhjaya PAS negeri.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, berdasarkan hirarki tersebut, beliau tidak memerlukan satu pelan peralihan kuasa yang khusus kerana penggantinya akan dipilih secara automatik berdasarkan kekananan jawatan.

"(Secara) automatiklah. Automatik cara parti. Betul ke begitu, wallahu a'lam. Tetapi persiapan payung itu ada. Bila hujan, kita ada payung.

"Hendak pakai payung atau pergi begitu sahaja, terpulanglah," jelasnya, Khamis lalu.

Malaysiakini

Ahmad Said Tidak Layak Sebagai MB ???

on 0 comments Read Full Article

KUALA TERENGGANU - Pada 14 Disember (kelmarin), ketika berucapkan dalam satu majlis bersama para wartawan di Kuala Terengganu Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein
mengulangi kenyataan yang diucapkannya kira-kira dua minggu lalu di Kuala Nerus.

(Gambar MB Terengganu baru pulang dari Makkah - 15 Dis)

Semasa ‘menganugerahkan’ 5 ekor lembu untuk korban pada Aidil Adha pada 29 November lalu, Hisham berkata Umno bertambah baik dan penerimaan rakyat semakin baik.

Kenyataan tersebut belum meyakini krisis atau kemelut Umno Terengganu yang bermula selepas pilihanraya umum ke 12 2008 terus menerus berlangsung sehingga ke hari ini.

Yang terbaru, penaikkan kain rentang atau sepanduk yang bertulis ‘bai’ah siasah’ kepada Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Ahmad Said.Tindakan tersebut menunjukkan masih ada kumpulan setia kepada Menteri Besar(MB) Terengganu yang dapat mengesan, usaha untuk melucutkan Ahmad sebagai MB terus berjalan.

Ia adalah reaksi kepada kumpulan yang menyokong bekas MB Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh yang masih menyimpan ‘dendam’ terhadap Ahmad Said.Perkara tersebut dikesan begitu jelas ketika kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada 6hb November lalu, sewaktu menutup kejohanan sukan perahu layar Monsoon Cup.

Sewaktu program menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Mengabang Telipot selepas menutup Monsoon Cup, perbualan diantara ADUN-ADUN penyokong Idris kedengaran berkisar pada tajuk mahu menggantikan MB Terengganu kerana dua perkara;

1. Ahmad Said tidak membawa banyak perubahan dalam pembangunan negeri
2. Ahmad Said memberikan terlalu banyak projek kepada istana.

Percakapan berkenaan mahu menggugurkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar turut kedengaran di Pejabat Menteri Kewangan, Putrajaya.

Pertukaran Pengerusi Perhubungan Umno

Bantahan kepada Ahmad Said oleh kumpulan penyokong Idris sampai kepada klimaksnya apabila konspirasi ‘SMS Ugut bunuh’ terjadi pada 14 Mei, 2009.Ia jelas satu konspirasi melalui jawapan yang diberikan oleh bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Dr. Ramzi kepada Wakil Rakyat PAS, Ustaz Mohd Noor.

Dr. Ramzi tidak merasa bimbang dan takut tentang peristiwa tersebut, dan hanya menyebut ia adalah satu tindkan ‘politik'.Ekoran konspirasi ‘SMS Ugut Bunuh’, kumpulan penyokong Idris berharap dapat menjatuhkan Ahmad Said apabila kes tersebut disensasikan sehingga peringkat nasional.

10 Adun terbabit tidak mahu hadir ke dalam Sidang DUN, menyebabkan Putrajaya terpaksa campurtangan dan memanggil mereka.Mereka telah berjumpa dengan Najib dan menyerahkan memorandum yang menyenaraikan kelemahan-kelemahan MB Terengganu.

Namun demikian, Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menukar MB tanpa restu istana yang mana akhirnya, Najib hanya boleh mengurangkan kuasa politik Ahmad Said dan dengan menggunakan peristiwa tersebut sebagai alasan, Hishamudin dilantik menggantikan Ahmad.


Hishamudin Gagal Membawa Perubahan Drastik

Hishamudin mengakui dalam banyak kenyataan yang beliau keluarkan, beliau bertindak ssecara beransur-ansur bagi menyelesaikan kemelut Umno Terengganu.Antara faktor yang menghalang Hisham adalah, tidak ada capaian langsung dengan Umno Terengganu kerana kedudukannya yang lebih ‘junior’ sebagai Naib Presiden Umno.

Kedua-dua pihak yang berbalah, Ahmad Said mahu pun Idris adalah lebih senior dari Hisham dalam Umno yang dilihat banyak pihak, beliau tidak mempunyai kemampuan menyelesaikan kemelut Umno Terengganu.Hisham cuba mencari jalan tengah dengan memecat orang-orang Ahmad said dalam Perhubungan Umno Terengganu dan menggantikannya dengan tokoh yang dianggap lebih seimbang.

Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Awang dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan bagi menggantikan Dato’ Rosli Mat Hassan manakala ADUN Teluk Pasu, Dato’ Rahin Said dilantik Bendahari Umno Negeri bagi menggantikan Dato’ Roslan Awang Chik, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Sabery Chek dilantik Ketua Penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong.

Namun, perlantikan itu juga tidak dapat mempercepatkan penyelesaian menyebabkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin campurtangan dan menawarkan diri sebagai orang tengah.

Hisham rasa tercabar, namun capaiannya dikalangan pemimpin Umno terbatas lalu mencari seseorang yang boleh melaksanakan usahanya sebagai ‘perantaraan dan penimbangtaraan’ (mediation and arbitration) dalam menyelesaikan konflik Umno Terengganu.

Oleh kerana Dato’ Din Adam merupakan Ketua Pemuda Umno Terengganu semasa zaman Hisham Ketua Pemuda Umno Malaysia, maka Hisham telah merundingkan perkara tersebut dan menugaskan Din Adam untuk melaksanakannya.

Din Adama akhirnya berjaya membawa 7 dari 10 ADUN yang menentang Ahmad Said ke Putrajaya dan bertemu dengan Hisham.

Apakah perbincangan dan perundingan mereka di Dalam Negeri tidak dijelaskan, namun Din Adam dalam sidang media selepas perjumpaan tersebut menyatakan mahu menyelesaikan masalah dan menyatakan setia kepada Ahmad Said.

Din Adam diberikan ganjaran dan dilantik menjadi Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri selepas berjaya membawa 7 ADUN tersebut ke Putrajaya.


Masalah Umno Belum Selesai

Hishamudin berkali-kali membuat kenyataan bahawa Umno dalam “keadaan yang baik, ataupun Umno Terengganu dalam keadaan bertambah baik dan lebih baik”.Namun beliau belum lagi mengeluarkan kenyataan yang menegaskan krisis Umno sudah selesai walaupun pada perjumpaan Aidil Fitri di Marang 29 September lalu, ia dilihat hampir selesai.

Dalam perjumpaan yang dianggap paling berjaya itu tiga orang ADUN anti Ahmad said yang paling ‘hardcore’ masih tidak hadir iaitu Dato’ Rosol Wahid (Ajil), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang) dan Zakaria Abdullah (Paka).

Pada 24 November, selepas meninjau keadaan banjir di Hulu Terengganu, Hisham membuat kenyataan lagi dengan berkata, “kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu semakin baik sejak kebelakangan ini apabila beberapa wakil rakyat yang dulunya dilihat tidak 'sehaluan' di antara satu sama lain, hadir bersama pada program-program yang diadakan dari semasa ke semasa”.

Sebaliknya pada 29 November, hanya beberapa ADUN sahaja yang hadir pada majlis korban Hishamudin di Tok Jembal, malah tidak sampai 200 orang penduduk yang hadir sewaktu Hisham mahu berucap.Akhirnya, beliau tidak berucap sebaliknya hanya mengadakan sidang media.

Dilaporkan, Ketua Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Nasir Ibrahim Fikri telah ‘dimarahi’ oleh Hisham dalam mesyuarat yang diadakan di Riyaz Heritage Pulau Duyong selepas itu.

BuletinOnline

Multaqo Ilmam Terengganu 2009

on 0 comments Read Full Article

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

YDP & AJK ILMAM Terengganu

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan

Seluruh Siswazah Lepasan Mesir (Terengganu)

Ke

“MULTAQO ILMAM Terengganu 2009”

9 Muharram 1431 / 26 Disember 2009(SABTU)
8.30pagi

Dewan Darul Syifa’,Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai , K.Terengganu

* Yuran pendaftaran RM 10
** Sila sahkan kehadiran anda kepada :

1) Amir Sharifuddin Othman -0179721164
2) Fatimah Awang - 0199197995
3) Abdul Hakim Baharudin - 0139175749 @ solihin86@yahoo.com

Ulama' Pelapis : Ke Arah Pemerkasaan

on 0 comments Read Full Article

Alhamdulillah,pada Sabtu baru-baru ini5 Disember,saya berkesempatan untuk menghadiri ijtima' ulama' pelapis di Markas Tarbiyyah Taman Melewar.Perjumpaan tersebut dikelolakan oleh Lajnah Pendaftaran dan Ulama' Pelapis Dewan Ulama' PAS yang diketuai oleh Al-Fadhil Ust Khair Muntanazar.

Majlis tersebut mendapat sambutan yang agak baik,biarpun nisbah kehadiran peserta dengan golongan ulama' pelapis di Malaysia amatlah kecil.Kontijen Terengganu mendahului peserta-peserta lain,dengan kehadiran 13 orang yang datang terus dari Terengganu dan sebahagian kecil telah menetap di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.Saya tidak berniat untuk berbangga dengan negeri sendiri,tetapi suatu kesedaran yang ingin dibangkitkan kepada sahabat-sahabat lepasan pengajian Islam diluar sana.Masih ada negeri-negeri yang tidak menghantar wakil pada ijtima' baru-baru ini.Bahkan,negeri yang paling banyak institusi pengajian Islam pun,tidak dapat menghantar wakil mereka.Dimanakah silapnya?Jika perkara ini berterusan,sampai bila-bila pun kita tidak mampu menyelaraskan gerak kerja dan fikrah para ilmuan Islam di tanahair ini.

Diri ini sememangnya tidak layak untuk memberikan teguran kepada para alim ulama'yang tinggi ilmu mereka,jika ingin dibandingkan dengan diri yang kerdil ini.Tetapi,tanggungjawab memberikan teguran,tidak dibatasi oleh tahap keilmuan yang ada.

Pada ijtima' tersebut,telah dibincangkan tentang pemerkasaan ulama' muda yang akan menjadi pelapis kepada ulama'-ulama' yang berada dalam gerakan Islam pada hari ini.Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang amat berat dan ia tidak dapat dipikul oleh beberapa orang individu sahaja.Jika kita mampu menggabungkan seluruh tenaga para ulama' di Malaysia dalam satu ketumbukan,Insya Allah tanggungjawab tersebut akan menjadi lebih ringan dan mudah.

Seringkali kita melihat dan mendengar alasan-alasan yang menghalang daripada terciptanya kejayaan tersebut.Sememangnya tugas Islam ini,akan dapat membezakan di antara yang betul-betul beriman dan pura-pura imannya.Diantara halangan yang sering kita hadapi,ialah :
- Memberikan alasan :
1)tidak layak dengan title ulama'
2)sibuk dengan urusan sendiri
3)kurang ilmu

- Merasakan diri mulia dan tidak ingin diprogramkan
- Suka membawa haluan sendiri dan tidak boleh menerima teguran @ pandangan
- Takut @ tidak ingin mengambil risiko

Banyak lagi halangan-halangan lain yang menyebabkan tugas-tugas dalam mendokong perjuangan Islam ini melalui jalan yang sukar.Suatu perubahan yang perlu difikirkan dan diambil tindakan oleh seluruh sahabat para ulama' pelapis sekalian.Malulah kita dengan pejuang-pejuang Islam lain yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat seperti kita,tetapi mampu memberikan sumbangan untuk perjuangan Islam.

Bangunan Cantik Jutaan Ringgit Menjadi Tempat Lepak Kambing!

on 0 comments Read Full Article

Negeri Kedua Termiskin Menawarkan Hadiah Paling Lumayan Di Dunia !

on 0 comments Read Full Article

KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.
Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang terditempatkan terkcorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).

Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

BuletinOnline